• Apa itu Chia Seed ?

    SEJARAH BIJIAN CHIA

    Oleh kerana chia berasal daripada Amerika Selatan, sejarah chia berkait rapat dengan kaum Aztecs, Mayan, Teotihuacan dan Toltec. Chia digunakan sejak 3500 sebelum Masihi oleh bangsa Aztecs (kaum Nomad yang berasal dari Mexico) sebagai diet utama bagi orang Aztec.



    Nama 'chia' diberikan oleh orang Mayan, iaitu masyarakat purba Mesoamerika yang tinggal sekitar Mexico pada 2600 Sebelum Masihi. 'Chia' bermaksud 'kekuatan'. Hal ini kerana biji chia membekalkan tenaga yang banyak kepada orang Mayan.

    Bijian chia begitu berharga dan memainkan peranan penting ketika itu hingga masyarakat Aztec, Mayan dan Inca menggunakannya sebagai "matawang" untuk Perdagangan barang atau barter trading.



    Antara peninggalan Tamadun Mayan

    Kemudian, antara tahun 1500 - 900 Sebelum Masihi, ia ditanam di Mexico oleh orang Teotihuacan dan Toltec yang mewarisi tamadun disekitar Mexico. Penduduk Pra-Columbian menggunakan biji chia dalam perubatan, dikisar menjadi tepung, dicampurkan dalam minuman dan diekstrak menjadi minyak selain daripada dimakan sebagai bijirin penuh. Biji chia sangat berguna kerana ia boleh disimpan sehingga bertahun-tahun.



    Seperti bijirin purba yang lain, chia seed pernah diharamkan pada zaman penjajahan Sepanyol kerana biji chia melambangkan tradisi orang Columbian. Hanya pada sekitar tahun 1990an saintis dan peladang mula berkerjasama untuk mengkomersialkan biji chia. Sekarang, chia ditanam di Mexico, Argentina, Peru, Bolivia dan Australia. ARYZA Chia Seed mengimport terus biji chia daripada Mexico.

    Jom dapatkan bijian chia ARYZA yang berasal dari negara asal pengeluar. Segar dan jaminan kualiti Premium terbaik.


  • 0 comments:

    Post a Comment

    ChiaSeedPremium. Powered by Blogger.